Powered By Blogger

Monday, February 7, 2011

:: Klinik Hati ::

Hati-hati di jalan raya, sakit hati, busuk hati, baik hati, hati bersih, hati suci, hati nurani, kecik hati, besar hati, macam macam la berkenaan hati ni. nak kongsi sikit dengan u all berkenaan HATI......tp bknla organ hati dlm tubuh bdn kite, tp, hati...perasaan....sifat..... aku amik skit cite berkenaan KLINIK HATI ni dr satu rncgan dlm tv, 11jan2011 bersame penceramahnye Ustazah Syarifah Haayati. 
    

Surah Ar-Ra'd  ayat 28, bermaksud:
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia..."

sikit penerangan surah di atas dari ustazah Dr Syarifah Haayati  :
-orang yang beriman kepada Allah, insyaallah hatinya akan berasa lapang, tenang, tenteram
-dengan ingat kepada Allah, hati juga akan jadi kuat, insyaallah......
-untungnya hati yang tenang> Allah beri kebahagiaan di akhirat kelak

zaman sekarang ni ramai org yg suke sgt tanam sifat dengki pd org lain, xboleh tgk org lain senang skit,cemburu, mcm2 la. tak lari, diri kita jgk mgkin ade atau pernah ade sifat tu... moga moga Allah sentiase lindungi kita dr sifat yg xbaik. slalunya klau kita sakit hati dengan org, kita mesti akan rase marah. so, ubat yg paling mujarab :
  • perbanyakkan istighfar - klau kita berdiri, tp still xilang rase marah tu, kite duduk, klau xilang jgk, kita baring. klau xilang jgk, cepat2 la kite p amik wuduk....Insyaallah ilang rase marah tu
  • kite kene fikirkan kebaikan org yg pernah kite marah tu..(setiap org pasti ade kebaikan dan keburukan) mane la tau, sblm2 ni die penah wat baik dengan kite...kan
  • cari keburukan dan kelemahan diri kite....ha, bende ni penting, mesti kite jgk pernah wat org rase marah dgn kite, btol tak? so, fikirkan lah...
  • bertaubat. mohon kepada Allah semoga hati kite dibersihkan dr sifat2 yg xbaik....Allah suke kepada hambaNya yg sentiase meminta-minta dariNya....
Surah Az-Zumar ayat 23:
"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya. "

Tips hati sihat:
  • laksanakan Rukun islam (makanan asasi) - ucap syahadah, solat, berpuasa, zakat, haji dan umrah
  • menuntut ilmu
  • sentiasa brzikir (vitamin/supplement) sblm tidur - bertahmid:ALHAMDULILLAH 33x , bertasbih:SUBHANALLAH 33x , takbir:ALLAHUAKBAR 34x





No comments:

Post a Comment